Sunday 19 May 2013

Cara Cara Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri


Yakin diri, adalah satu jati diri yang seharusnya ada dalam setiap individu. Yakin diri disini tidak bermaksud meninggi diri tetapi lebih kepada kepercayaan terhadap keupayaan sendiri dalam melakukan sesuatu. Walau apapun matlamat yang ingin anda capai, jika anda yakin dengan potensi dan kelebihan diri sendiri, insyaAllah hasil yang anda hasilkan pasti hebat. Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi 10 tips meningkatkan keyakinan diri yang boleh anda cuba.

1. Mulakan hari anda dengan positif
Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda.

2. Simpan matlamat harian anda
Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.

3. “Hadiahkan” diri anda
Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya.

4. Tekankan kepada penampilan anda
Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas.

5. Pilih sahabat yang positif
Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan!

6. Bergaul dengan masyarakat
Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri.

7. Dapatkan hobi atau pelajari skill baru
Mempunyai hobi ataupun mempelajari skill tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama.

8. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat
Sama ada anda percaya ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian.

9. Membaca dan menuntut ilmu
Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara.

10. Sentiasa melihat kebelakang
Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik.



Rozarina Izura Binti Tukiran

Assalamualaikum ~
Hye sweetie n handsome !
Today, saya nak cerita sikit pasal pengalaman hidup. Kadang - kadang hidup ini tak selalunya indah dan ade pasang surutnya. Dan begitu juga lah dengan saya. Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga polis dan merupkan anak sulung dan satu2nya anak perempuan. Saya ade 3 org siblings..
Ayah saya tegas orangnya tetapi kelakar dan suka layan kanak - kanak. Dari kecil hingga saya besar, kami sekeluarga selalu spent time sama2. For your information, dahulu kami duduk di flat polis di Cheras. Flat atau dipanggil berek polis itu mempunyai 15 tingkat dan 1 tingkat ada 10 pintu. Masa saya dan adik2 kecil, mama suke berniaga jajan dan sedikit barang runcit seperti tepung, gula sos cili, garam dan juga kelapa. Kami sekeluarga selalu tolong mama berniaga dan di hadapan flat kami ade beberapa buah kolam serta di setiap tepi kolam itu ada pokok kelapa. Nak dijadikan cerita, apabila boah kelapa jatuh di dalam kolam, kami akan berebut - rebut untuk turn ke bawah dan ambil kelapa itu.Kami juga suka tangkap ikan kecil2 dan bermain2 di situ, zaman kanak - kanak yang sangat best ! Kadang2 terasa seperti berada di kampung.

Tetapi sekarang saya telah pindah rumah di Semenyih, memang tiada kolam tapi yang bestnya kami jiran tetangga sangat akrab dan baik. Kalau boleh, tiap2 minggu nak buat makan2 bersama. Kami selalu buat aktiviti bersama dan muafakat antara kami sangat kuat. Kami suka bercucuk tanam dan setiap rumah mesti ade tanam tebu. Mmm... rindu sangat dekat rumah. So, di sini saya sertakan gambar family bahagia saya.

  

Hello Kitty

Assalamualaikum ~
Mukadimmah yang awal berbunyi, adakah anda meminati sesuatu perkara ??
Sejujurnya, saya sangat meminati Hello Kitty .
Hello kitty adalah seekor kucing yang comel dan digemari oleh kanak - kanak perempuan mahupun yang telah dewasa seperti saya.
Dan yang paling penting warna yang sinonim dengan hello kitty adalah warna pink..






Burger

Hai semua !
Post kali ini saya nak bercerita berkaitan Burger Bakar Abang Burn dan Carl's Junior ..
Hehe.. semakin ank dekat hari dengan dinner kolej, makin menjadi2 lak lah perut ni demand nak macam2..
Haaahaaa .. buncit lar perut lar cam gini ! x pew2..
sempat lagi ni diet. Tapi saya cerita jew lar..
ini merupakan dua faveret burger saya.
Burger Bakar Abg Burn

Burger Carl's Junior

Burger bakar ni selalunya akan ada add-on yg unik iaitu Onions Ring.. mmm... wallaahhh.. sedap sangat ! Rangup .. hehe.. dan carl's jr ni yg sedapnya adalah kentang goreng yang sangat fresh beserta kulit ubi kentang sekali dan anda x mungkin jemu..

Saturday 18 May 2013

Wedding





Mengalami kebahagiaan perkahwinan adalah impian setiap manusia di dunia ini..
Hanya lambat atau cepat sahaja, tetapi untuk menghadapi kebahagiaan itu, pasangan mempelai akan perlu menempuh periapan perkahwinan yang begitu rumit .. antara persiapan yang perlu dilakukan termasuklah persiapan baju pengantin. Huhuhu.. belum merasainya tetapi dapat mengenalpastinya.
Menjadi raja sehari seharusnya akan menjadi titik permulaan dan semestinya setiap insan ingin kelihatan cantik dan anggun ketika di atas mahligai. Pelbagai perkara perlu diuruskan seperti make up, makanan, jurunikah dan sebagainya.



Kasut Wedgers

Wanita dan kasut tinggi memang sukar untuk dipisahkan bagai melodi dan lagu. Bagi wanita,memakai kasut tinggi dapat menggambarkan seorang yang menarik, sophistikated, matang dan profesional. Tapi kalau dipakai selalu akan menyebabkan kesakitan pada tumit kaki dan tapak kaki. Demi kepuasan, tiada masalh ..
hehe...




Manfaat memberikan senyuman :)






1. Senyum membuat anda lebih menarik. Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik.Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa dan senang.Orang yg selalu merungut, murung, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.Dipastikan orang yg banyak tersenyum mempunyai banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaanJika anda sedang sedih, cubalah tersenyum.Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.Menurut penelitian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum boleh menular Ketikan seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum menghilangkan stres Stres boleh kelihatan di wajah.Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imunitas.Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, selsema dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darahTidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Senyum ibarat ubat semulajadi.Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Ketiganya adalah hormon yg boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda.Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum membuat anda kelihatan berjaya.Orang yg tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal, dan boleh diandalkan.Banyakkansenyum ketika mesyuarat atau bertemu dengan klien.Pasti rakan sekerja anda akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum membuat orang berfikir positif.Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat “hidup adalah baik”. Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.

Ekspresi Mahasiswa

Memang hot topic sekarang ni..



Sebagai Pengarah Protokol,memang berat sangat tugas ini... tapi ini lah cabaran semasa belajar kan..??
hehe.. <3 <3

NOSTALGIA KANAK - KANAK

Assalamualaikum ~

Nostalgia ? Apa itu nostalgia ? okay.. okay ..

Rasa rindu akan sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa lalu; kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu. bernostalgia mengenangkan atau mengingat peristiwa manis atau peristiwa yg mengusik perasaan yg berlaku pd masa yg lalu: Jangan asyik ~ dan membazirkan masa begitu sahaja.

Ini adalah salah satu presentation kumpulan powerpoint aplikasi komputer yg betul2 menarik hati dan perasaan saya. Banyak nostalgia kanak - kanak yang kadang2 akan menyentuh hati kita. Huh sedih..
Rasa terngiang -ngiang lagi gelak tawa ketika bersama- sama kawan2 lain main masak2, buaian , tangkap berudu dan ikan, nyorok2,police entry dan bermacam2.. hehe...

Cerita kartun ?? haha.. x yah cakap .. Doraemon ! Sin Chan ! Dragon Ball ! Ninja Turtles ! Barbie ! Power Rangers ! PowerPuff Girl ! Totally Spies ! haha.. comeyl gileerr zaman hingusan dahulu kala ...



SOPHISTICATED RED

SOPHISTICATED RED adalah tema warna untuk majlis Makan Malam Kolej Burhanuudin Helmi di Equatorial Hotel di Bangi..


Saya telah dilantik untuk menjadi Pengacara Majlis bersama dengan MPP ASPIRASI SHAHRUL AKMAL. mmm.. so,ini adalah antara cadangan baju yg saya inginkan.



Pening2.. baju mane ni ?? ok babai !

Buatmu Ibu ~


Buatmu Ibu ~

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

BUATMU IBU - AEMAN



Bermacam - macam panggilan untuk orang yang melahirkan kita ke dunia ni..
Antaranya ialah ibu,mama,umi,mummy dan sebagainya.
Dan saya memanggil mak saya denagn panggilan MAMA..
I'm so proud to have a mom like her..
She such an excellent mum ever and I love her so much !
Keletah dan gelak tawa mama selalu membuat saya tersenyum dan selalu buat saya rindu untuk memeluk beliau.
Mmm.. rindu lar kat mama.. rindu gileerr walaupun selalunya kami x sekepala sangat..
Mama adalah mama yang paling comel kat dunia dan guess what ? Perangai mama dan saya sangat sama dan suara kami pun sama .. haha.. n mama pun cantik ! yupe ! cantik dari saya...



Khidmat siswa Tanjung Karang

Assalamualaikum ~
Khidmat siswa di Tanjung Karang adalah anjuran Jabatan Perkhidmatan Pelajar ( JPPEL ), Universiti Kebangsaan Malaysia. Ini adalah aktiviti kedua saya terlibat dengan akitiviti yang melibatkan komuniti selepas Khidmat Siswa yang dijadikan sebagai prelude Ekspresi Mahasiswa iaitu Program Kolej Burhanuddin Helmi yang diangkat sebagai program UKM dan dibawa ke Festival Belia Putrajaya. So, kembali ke pangkal cerita tadi, Kami pergi ke Tanjung Karang dengan menaiki bas 2 tingkat dan menginap di salah sebuah tempat yang merupakan tempat ujikaji / pembelajaran untuk pelajar Fakulti Perubatan di cawangan UKM Kuala Lumpur. Tempatnya amat mendamaikan ,maklumlah terletak pun di desa, bersawah pulak tuh.. sejuk sangat ! Pada hari Sabtu kami bertolak awal pagi untuk melakukan aktiviti khidmat siswa di sebuah Dewan .. Wow ! seronok sangat bila dapat berbakti dengan masyarakat di samping dapat membawa nama UKM sekali...

So , di sini saya lampirkan beberapa gambar untuk anda semua tatapi..
yeeeerrrhhh ! Majulah mahasiswa untuk Negara..

<3 <3 <3