Berada di Sungai Congkak seolah-olah berada di suatu tempat yang tidak mempunyai masalah dan sangat aman dan damai dengan bunyi arus sungai yang mengalir deras dek hujan yang turun dengan lebatnya pada petang itu.. Aku tersenyum gembira dengan hiruk-pikuk dan kegembiraan yang dapat dirasai antara keluargaku dan jiran-jiran. Kami telah merancang lama untuk meluangkan masa bersama-sama serta ingin merapatkan silaturrahim antar kami. Untuk pengetahuan anda, Aku baru setahun berpindah ke rumah baru di Taman Raja Tun Uda,Semenyih. Sebelum ini aku tinggal di Kem Pasukan Gerakan Am(PGA), Cheras. Aku amat bersyukur kerana dikurniakan jiran- jiran yang amat prihatin dan ambil berat serta menganggap mereka macam keluarga aku sendiri. Susah senang kami kongsi bersama - sama. Berbalik kepada picnic kami tadi, aku selitkan gambar - gambar sepanjang picnic............
Sunday, 10 March 2013
Kesejukan air yang menusuk kalbu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment