Sunday, 24 March 2013

Red Velvet with cheese cream





Bahan-bahan:
1 ¼ cawan tepung gandum (dah diayak)
2 sudu serbuk koko
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
¼ sudu kecil garam
¼ cawan mentega
¾ cawan gula icing
¾ cawan buttermilk (bersamaan 1cawan susu full cream + 1sudu besar cuka)
1 biji telur
1 sudu essen vanilla
pewarna merah





Bahan Topping:
2 cawan gula icing
250g  krim cheese, Tatura
2 sudu mentega
1 sudu susu full cream
1 sudu essen vanilla




1.      Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
2.      Dalam mangkuk kecil campurkan bersama-sama 5 bahan pertama dan ketepikan. Dalam mangkuk yang lain adun (pakai mixer lg sng) gula dan mentega sehingga sebati, masukkan telur dan essen vanila mix lg smpai sebati.
3.      Masukkan 5 bahan pertama yg sudah dicampur td ke dalam adunan, bersama dengan buttermilk dan pewarna merah, gaul sehingga sebati.
4.      Cedok adunan sama rata dalam bekas yg disediakan dan bakar selama 18 hingga 22 minit. (nk tau dh msak, ble cucuk gne lidi die x mlekat..)
5.      Untuk topping, gaul semua bahan smpai sebati, gune mixer pon blh..then, ltak je blh atas cupcakes tu...dh siap..



No comments:

Post a Comment