Saturday, 18 May 2013

Manfaat memberikan senyuman :)






1. Senyum membuat anda lebih menarik. Orang yg banyak tersenyum memiliki daya tarik.Orang yg suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa dan senang.Orang yg selalu merungut, murung, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak selesa.Dipastikan orang yg banyak tersenyum mempunyai banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaanJika anda sedang sedih, cubalah tersenyum.Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.Menurut penelitian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum boleh menular Ketikan seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum menghilangkan stres Stres boleh kelihatan di wajah.Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imunitas.Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, selsema dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darahTidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Senyum ibarat ubat semulajadi.Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi, dan serotonin.Ketiganya adalah hormon yg boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda.Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dijamin dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum membuat anda kelihatan berjaya.Orang yg tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal, dan boleh diandalkan.Banyakkansenyum ketika mesyuarat atau bertemu dengan klien.Pasti rakan sekerja anda akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum membuat orang berfikir positif.Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Penyebabnya, ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat “hidup adalah baik”. Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah.

No comments:

Post a Comment