Sunday 19 May 2013

Rozarina Izura Binti Tukiran

Assalamualaikum ~
Hye sweetie n handsome !
Today, saya nak cerita sikit pasal pengalaman hidup. Kadang - kadang hidup ini tak selalunya indah dan ade pasang surutnya. Dan begitu juga lah dengan saya. Saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga polis dan merupkan anak sulung dan satu2nya anak perempuan. Saya ade 3 org siblings..
Ayah saya tegas orangnya tetapi kelakar dan suka layan kanak - kanak. Dari kecil hingga saya besar, kami sekeluarga selalu spent time sama2. For your information, dahulu kami duduk di flat polis di Cheras. Flat atau dipanggil berek polis itu mempunyai 15 tingkat dan 1 tingkat ada 10 pintu. Masa saya dan adik2 kecil, mama suke berniaga jajan dan sedikit barang runcit seperti tepung, gula sos cili, garam dan juga kelapa. Kami sekeluarga selalu tolong mama berniaga dan di hadapan flat kami ade beberapa buah kolam serta di setiap tepi kolam itu ada pokok kelapa. Nak dijadikan cerita, apabila boah kelapa jatuh di dalam kolam, kami akan berebut - rebut untuk turn ke bawah dan ambil kelapa itu.Kami juga suka tangkap ikan kecil2 dan bermain2 di situ, zaman kanak - kanak yang sangat best ! Kadang2 terasa seperti berada di kampung.

Tetapi sekarang saya telah pindah rumah di Semenyih, memang tiada kolam tapi yang bestnya kami jiran tetangga sangat akrab dan baik. Kalau boleh, tiap2 minggu nak buat makan2 bersama. Kami selalu buat aktiviti bersama dan muafakat antara kami sangat kuat. Kami suka bercucuk tanam dan setiap rumah mesti ade tanam tebu. Mmm... rindu sangat dekat rumah. So, di sini saya sertakan gambar family bahagia saya.

  

No comments:

Post a Comment